Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah.. Akhirnya Surau Nur Ihsan SK Seri Telok telah dinobat Johan Pertandingan Surau Imarah 2013 Peringkat Kebangsaan. Pertandingan tersebut merupakan pertama kali dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan di UTM Skudai pada 21 Januari 2014 bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Batu Pahat, Semua Warga SK Seri Telok, PIBG, ALUMNI, Ketua- Ketua Kampung serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jazakallahukahairan Khasira...
SURAU NUR IHSAN
Imarah , Inovasi , Istiqomah
Thursday, 23 January 2014
Thursday, 16 January 2014
Tazkirah Bersempena Maulidur Rasul.....
Allahumma Sollialla Saidina Muhammad
Allahamdullillah.... Syukur kepada Allah kerana masih memberi nikmat kita Iman dan Islam kepada kita umat Muhammad. Pada pagi yang mulia ini, Sk Seri Telok telah mengadakan tazkiran berkaitan Kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad Sollallah Alaihi Wasaallam. Tazkirah tersebut telah diadakan di Dewan Sk Seri Telok pada waktu Budaya Al-Quran. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Syed Norazam Bin Syed Nordin. Semoga semua warga sekolah dapat mengambil pengajaran daripada tazkirah tersebut.
Allahamdullillah.... Syukur kepada Allah kerana masih memberi nikmat kita Iman dan Islam kepada kita umat Muhammad. Pada pagi yang mulia ini, Sk Seri Telok telah mengadakan tazkiran berkaitan Kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad Sollallah Alaihi Wasaallam. Tazkirah tersebut telah diadakan di Dewan Sk Seri Telok pada waktu Budaya Al-Quran. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Syed Norazam Bin Syed Nordin. Semoga semua warga sekolah dapat mengambil pengajaran daripada tazkirah tersebut.
Sunday, 5 January 2014
Salam Maulidur Rasul
Menyelusuri sirah kelahiran Nabi Muhammad SAW
Bermula sirah harum baginda
dengan perkahwinan antara Abdullah bin Abdul Mutalib dengan seorang
wanita terhormat dari kalangan Quraisy, Aminah binti Wahab bin Abdul
Manaf. Namun takdir telah mendahului segalanya, Abdullah bin Abdul
Mutalib telah kembali ke Rahmatullah sebelum sempat menimbang cahaya
mata yang sedang dikandung oleh isteri tercinta.
Akhirnya Aminah melahirkan Muhammad tanpa seorang yang bernama suami
di sisi. Muhammad saw telah dilahirkan di rumah bapa saudara sebelah
bapanya iaitu Abu Thalib, dilingkungan Bani Hasyim dekat Shafa di Mekah
Al Mukarramah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal bersamaan tahun 571 M
yang dikenali dengan tahun gajah, di mana ketika itu Abrahah Al Habsyi
telah menyerang Mekah dari arah Yaman untuk menghancurkan Kaabah.
Sesungguhnya keputeraan baginda telah berlaku pada 1442 tahun yang lalu,
masih kita kenang sehingga ke hari ini.Abdul Muthalib , datuk Baginda menerima berita kelahiran cucunya dengan penuh rasa gembira. Boleh jadi beliau melihat kedatangan cucunya itu sebagai ganti kepada anaknya yang dirampas maut ketika masih muda. Datuk baginda telah membawanya ke Ka’abah dan memberi nama “Muhammad” kepada cucundanya. Nama tersebut cukup asing di kalangan masyarakat Mekah pada waktu itu.
Rasulullah saw telah dilahirkan dari satu kabilah paling terhormat antara kabilah-kabilah Arab lainnya. Baginda pernah bersabda mengenai dirinya :
Bapa baginda saw, ialah Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin ghalib bin Quraisy bin Malik bin Nadhir bin kinanah bin Khzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Ma’ad bin ‘Adnan. Nasabnya terus berlanjutan sampai kepada Nabi Ismail bin Ibrahim. Semput juga nafas kita nak menyebut nasab baginda saw. Berapa ramai di kalangan kita yang boleh menyebutkannya dengan lancar?“ Allah telah memilih kinanah sebagai keturunan Ismail, lalu dari Kinanah Dia memilih Quraisy, kemudian dari Quraisy dia memilih bani Hasyim , dan dari bani Hasyim Dia memilihku. “ (HR Muslim)
Mari pula kita lihat salasilah keturunan ibunda Baginda saw, beliau adalah Aminah binti Wahhab bin Abdul Manaf bin zahrah bin Kilab bin Murrah. Nasabnya bertemu dengan ayahnya pada Kilab bin Murrah ( nenda kelima dari ayahnya dan keempat dari pihak ibunya ). Seharusnya kita mengingati susur galur keturunan baginda ini, kerana kecintaan kita kepada baginda. Kecintaan kita kepada baginda seharusnya melebihi dari diri kita sendiri.
Bidan yang membantu menyambut kelahiran Nabi saw adalah Syifa’, bonda kepada Abdur Rahman bin Auf. Sementara Suwaibah, jariah kepada bapa saudaranya Abu Lahab adalah merupakan ibu susuan baginda yang pertama. Pengasuh baginda pula ialah Ummu Aiman, jariah kepada ayah baginda , Abdullah bin Abdul Muthalib.

Abdul Mutalib dikurniakan usia yang panjang, sehingga dikatakan bahawa beliau meninggal dunia ketika berusia 120 tahun. Beliau meninggal dunia ketika Muhammad saw hampir berusia lapan tahun. Sebelum kematiannya, beliau telah menyerahkan tanggungjawab memelihara cucundanya, Muhammad saw kepada bapa saudara baginda sebelah bapa, iaitu Abu Thalib.
Abu Thalib menunaikan tanggungjawab memelihara anak saudaranya, Muhammad saw dengan sebaik-baiknya. Baginda tinggal dan bergaul dengan anak-anak Abu Thalib. Baginda membesar di dalam rumah Abu Talib sehingga Baginda meningkat dewasa , matang dan memahami keadaan sekeliling. Ketika berusia 13 tahun baginda pergi mengikut Abu Thalib pergi berniaga ke Syam.
Pengalaman demi pengalaman hidup di alam kanak-kanak yang baginda lalui sejak dari dalam kandungan ibunda lagi. Asal usul dan sirah kelahirannya amat jelas. Berbanding dengan ramai tokoh-tokoh agama lain, asal-usul mereka biasanya tidak diketahui umum selengkap kita mengenal Nabi Muhammad saw.
Kemuliaan keturunan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada lelaki yang gagal. Seperti besi, apabila dibiarkan berkarat, ia tidak berguna lagi. Tetapi jika besi itu berada ditangan pereka yang mahir, ia boleh menghasilkan pelbagai rekaan.
Kelahiran Nabi saw dalam keluarga yang mempunyai kedudukan yang hebat merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan yang Allah sediakan untuk risalah Baginda.
Ada riwayat yang menyebut bahawa beberapa petanda perutusan Nabi saw telah berlaku ketika kelahiran Baginda. Di mana 14 balkoni istana Kisra telah runtuh. Api yang disembah oleh puak Majusi telah padam. Gereja-gereja di sekitar tasik Sawah telah runtuh setelah tasik itu kering.
Namun Syeikh Muhammad Al Ghazali dalam kitabnya Fiqh Sirah mengatakan ungkapan tersebut adalah tidak benar.
Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir telah memelihara kehidupan baginda dari segala kehinaan dan keburukan yang menjadi budaya amalan Arab jahiliyyah. Dari sudut sifat baginda sebagai seorang manusia, Baginda berasa lapar, kenyang, sakit, letih, rehat, sedih dan gembira. Baginda seorang yang berjiwa kental mampu memikul beban-beban kehidupan, susah payah jihad dan perit getir hidup, dalam keadaan teguh dan berani.
Sirah Nabi Muhammad saw bukanlah semata-mata kisah yang dibaca pada hari keputeraan. Bukan juga sekadar disebut-sebut dalam pelbagai selawat yang direka-reka. Bukan juga sekadar pesona cinta yang dipendam dan luahkan melalui susunan bait-bait sajak pujian kepada Baginda . Demikian juga menggerakkan lidah sehari semalam dengan seribu selawat tidaklah memberi makna kepada mana-mana Muslim yang Rasululullah saw tidak hidup di dalam hatinya dan dia tidak mengikuti petunjuk Baginda saw dalam amalan dan pemikirannya.
Ingatlah, alangkah murahnya kasih sayang jika ia hanya sekadar kata-kata! Alangkah mahalnya kasih sayang itu jika ia berbentuk ikutan, kepatuhan dan janji setia.
Rasulullah saw merupakan penghubung manusia dengan Allah. Apabila iman kepada Allah melekat di hati, sempurnalah tugas baginda sebagai Rasul. Tugas Rasul menghubungkan akal dan hati manusia dengan Penciptanya dan menjelaskan jalan yang lurus kepada mereka. Selepas itu, setiap manusia hendaklah memikul akibatnya dalam melakukan perbuatan baik dan buruk.
Rasul bukan orang tengah yang akan memikul untukmu kebaikan yang telah kamu lakukan, Rasul bukan juga ‘kambing hitam’ yang akan menanggung untukmu balasan buruk yang berhak dikenakan ke atasmu.
Samada Rasulullah saw masih ada atau sudah wafat tidak akan mengurangkan hakikat perutusan baginda sedikit pun. Baginda juga tidak diutuskan untuk menghimpun manusia di sekeliling namanya, sama ada sedikit atau ramai. Tetapi baginda diutuskan sebagai pemberi peringatan dan berita gembira.
Tugas Nabi Muhammad juga bukanlah untuk menarik kamu dengan tali syurga. Sesungguhnya tugas baginda saw ialah mencampakkan ke dalam sanubari kamu penglihatan, yang dengannya kamu boleh melihat kebenaran.
Semoga dengan menyelusuri sirah kelahiran Baginda saw akan memberi keinginan yang lebih teruja untuk kita mengenalinya dengan lebih mendalam. Seterusnya memahami tugas baginda sebagai Rasul. Menghayati ajarannya tentang agama Islam yang syumul. Akhir sekali menuruti jejak langkahnya dari sudut kepimpinan dan dakwah, mengajak manusia keluar dari kegelapan kepada cahaya kebenaran.
WALLAHU A’LAM. SALAM MAULIDUR RASUL
Dipetik daripada : http://wanitaisma.net/v2/2013/01/23/menyelusuri-sirah-kelahiran-nabi-muhammad-saw/
Thursday, 2 January 2014
Aktiviti Bersama Masyarakat....
Bantuan Anak Yatim Dan Orang Miskin
Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah....
Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Yong Peng berbesar hati menyampaikan sumbangan awal persekolahan kepada anak-anak yatim dan miskin yang terdiri daripada murid-murid Sk Seri Telok.
Seramai 8 orang Pegawai Majlis Daerah Yong Peng hadir pada hari tersebut .
Ribuan Terima Kasih diucapkan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Yong Peng atas batuan yang dihulurkan....
Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah....
Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Yong Peng berbesar hati menyampaikan sumbangan awal persekolahan kepada anak-anak yatim dan miskin yang terdiri daripada murid-murid Sk Seri Telok.
Seramai 8 orang Pegawai Majlis Daerah Yong Peng hadir pada hari tersebut .
Ribuan Terima Kasih diucapkan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Yong Peng atas batuan yang dihulurkan....
Tuesday, 5 November 2013
Salam Maal Hijrah....
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435, tahun baru Masihi pada hari Selasa, 5 November 2013 dan 1434 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan

Baca Doa Akhir Tahun ini sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM
Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini
Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik

Baca Doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram
PENGERTIAN AWAL MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi
Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
- 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
- 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
Pada 10 Muharam juga telah berlaku
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
- Hari pertama Allah menciptakan alam
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
- Hari pertama Allah menurunkan hujan
- Allah menjadikan ‘Arasy
- Allah menjadikan Luh Mahfuz
- Allah menjadikan alam
- Allah menjadikan Malaikat Jibril
- Nabi Isa diangkat ke langit
AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam
Berpuasa
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
- Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
- Memuliakan fakir miskin : Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
- Menahan marah : Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
- Menunjukkan orang sesat : Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
- Bersedekah : Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini
- Memelihara kehormatan diri : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
- Mandi Sunat : Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
- Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
- Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”
*Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali
- Menjamu orang berbuka puasa : Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
- Puasa (Niat) – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “ : Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/bacaan-doa-akhir-awal-tahun-hijrah-dan-amalan-sunat#ixzz2pVad5qvt
Sunday, 15 September 2013
Salam Aidil Adha....
Erti Sebuah Pengorbanan
سم الله الرحمن الرحيم

Setelah setahun ia meninggalkan kita, maka tirai Aidiladha akhirnya muncul semula. Dengan tarikh yang sama yakni 10 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun Hijrah, cuma hari dan juga pengalaman sahaja yang akan menjadi berlainan pada setiap tahun. InsyaAllah pada hari Ahad ini, umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut salah satu hari yang paling besar, keberkatannya sebenar lebih besar daripada Aidilfitri, nak tau ape hari tu?? sudah semestinya Hari Raya Aidiladha!
Seperti yang kita sedia maklum, kedatangan Aidiladha ini bukanlah disengajakan, lebih-lebih lagi menyimpang daripada kebetulan semata-mata, sebab ia mempunyai peristiwa sejarah pengorbanan yang teramat penting dalam sejarah Islam. Selalunya apabila dikatakan tentang Aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Betul tak?? Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana Aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang Nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya.
Peristiwa yang pertama kita dapat lihat adalah apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah S.W.T agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya Nabi Ismail a.s. menghentakkan kakinya ke tanah dan terhasilnya air zam-zam. Padang pasir yang tandus itu juga telah menjadi tumpuan buat umat Islam zaman sekarang untuk menunaikan haji yakni Makkatul Mukarramah atau nama dahulunya Bakkah.
Peristiwa kedua ni pulak sudah biasa kita dengar, tetapi ia amat penting dalam sejarah kerana bermulanya ibadah korban bagi umat Islam, yakni ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. kepada agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tanpa ragu-ragu lagi Nabi Ibrahim menyahut seruan Allah walaupun masyarakat pada waktu itu mengatakan bahawa baginda gila. Dengan rahmat Allah yang Maha Kuasa, maka akhirnya Allah gantikan anaknya dengan kibash untuk dijadikan sembelihan. Ya Allah, kalau aku yang diberi ujian sebegitu pun aku tak sanggup melakukannya. Sungguhlah benar bahawa Allah tahu setiap perkara yang dilakukanNya.
Nabi Ismail a.s. berkata: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)
Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari Aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa yang aku ceritakan sebentar tadi. Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan suatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, pakwe awek, ataupun sesiapa, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah.
Lagi satu perkara, macam yang aku cakap pada awal artikel aku tadi, pengertian sambutan Aidiladha ini adalah lebih bermakna daripada sambutan Aidilfitri. Tetapi yang kita boleh nampak kita terlalu ghairah dalam persiapan sambutan Aidilfitri tetapi untuk Aidiladha nih buat rilek2 je, macam tak ada apa-apa yang berlaku langsung.
Kita sebenarnya tersilap kerana melebihkan Aidilfitri daripada Aidiladha. Cuba kita lihat perbandingannya:
Pertama: Kita dituntut bertakbir membesarkan Allah hanya dalam lingkungan 12-14 jam sahaja pada hari Raya Aidilfitri sedangkan tempoh takbir Hari Raya Korban ialah 4 hari lamanya.
Kedua: Kita diharamkan berpuasa 1 hari sahaja (1 Syawal) pada Aidilfiri tetapi kita diharamkan berpuasa selama 4 hari lamanya (10 Zulhijjah dan 3 Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah) pada hari raya Korban.
“Tiada
amal anak Adam yang lebih disukai Allah s.w.t. pada hari Aidiladha
melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan
datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah s.w.t. sebelum darah
binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan
reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Oleh itu, kepada semua pembaca yang aku amat hargai sekalian, jadikanlah Aidiladha pada tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita mengambil iktibar dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga kita semua dapat menikmati apa yang dinamakan erti sebuah pengorbanan...
Mudah-mudahan Aidiladha kali ini akan memberikan kita satu dimensi baru akan maksud serta pengertian kita terhadap apa yang dikatakan sebagai KORBAN dan PENGORBANAN.
Tidak ramai diantara kita yang benar-benar sanggup berkorban. (sangat subjektif ayat ini..)
Dan sangat ramai juga di antara kita yang berdetik-detik atau berkata-kata di dalam hati apabila berhadapan dengan situasi atau suasana atau keadaan yang menuntut kita melakukan pengorbanan... sedang kita amat lupa bahawa kehidupan kita di muka bumi ini adalah merupakan satu perlaksanaan ibadah secara total yang sewajibnya di akhir nafas nanti kita akan terkorban dalam pengorbanan.
Jika kita mampu mangaku bahawa kehidupan kita di dunia ini adalah merupakan satu jihad... maka kita sebenarnya sudah hampir memahami istilah serta maksud pengorbanan yang sebenar..
Para sahabat Rasulullah yang kita sering ikuti atau terdengar atau didendangkan kisah mereka adalah merupakan contoh-contoh yang boleh kita lihat akan tahap pengorbanan mereka tidak lain tidak bukan hanya kepada Rasul & Allah semata-mata..
Apabila kita mengatakan Rasul & Allah maka kita sebenarnya telah bersaksi akan kesanggupan kita berkorban dalam segenap segi di dalam agama kita..
Ayat 'Amal Maaruf Nahi Mungkar' juga adalah merupakan satu syiar atau seruan jihad di mana semua umat islam yang bersaksi kepada Allah & Rasul telah berjanji sepenuh hati untuk berjuang dan berkorban di atas jalan lurus sebagaimana yang kita diwajibkan membaca surah Al-Fatihah di dalam solat kita...
Maka mereka-mereka yang berjuang di jalan Allah adalah mereka-mereka yang berjihad dan syurgalah tempat kekal abadi buat mereka..
"Peperangan di akhir zaman nanti adalah peperangan melawan hawa nafsu..."
Sabda Rasulullah tersebut juga turut membawa erti pengorbanan dalam maksud yang tersirat.. di mana kita sedaya-upaya berusaha bersungguh-sungguh @ berjihad untuk memerangi hawa nafsu (jahat) yang sering kita biarkan terpengaruh dengan hasutan syaitan.. dan dalam perjuangan jihad melawan hawa nafsu inilah kita perlu berkorban.. korban wang ringgit, korban masa kesukaan kita, korban perasaan dan sebagainya...
maka di penghujung jihad kita dalam memerangi hawa nafsu ini.. dengan segenap pengorbanan lalu berjaya menumpas dan berjaya mengawalnya.... maka sambutlah kemenangan jihad serta pengorbanan kita ini dengan berita gembira, lalu lakukanlah solat taubat, sujud syukur dan berhiaslah cantik sekadar mampu lalu melangkah ke masjid bersama-sama saudara se islam bertasbih, bertahmid dan bertakbir untuk meraikan kemenangan ini...
dipetik oleh : http://dirihamba.blogspot.com/2011/11/erti-sebuah-pengorbanan.html
Thursday, 5 September 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)