Pada tahun 1998 hingga 2010 musolla SK Seri Telok telah beroperasi di Aras 3, Blok UKM yang ketika ini telah dijadikan sebagai BILIK LINUS sekolah.Pada ketika itu bilik ini hanya mempunyai keluasan yang sangat terhad dan tidak dapat menampung
keperluan aktiviti keagamaan.
Guru Besar iaitu Puan Hjh Hadijah bt Hj Ahmad, telah mencadangkan melalui mesyuarat Agung PIBG untuk membina sebuah surau.
Pada tahun 2010 sebuah surau telah siap dibina dengan kos sebanyak RM55.940,000 hasil kutipan derma daripada guru-guru, ibubapa, dan
orang perseorangan.
Pihak sekolah sangat menghargai jasa YDP PIBG Tn Hj Mohd Ihsan b. Buang dan Naib YDP PIBG Tn. Hj Saat bin Kadir yang merupakan kontraktor bangunan serta jawatankuasanya,
berjaya menjadikan segala proses pembinaan berjalan dengan lancar.
Setelah melalui beberapa pengubahsuaian, kini Surau Nur Ihsan
tersergam indah
dengan prasarananya
yang kondusif dan efektif.