Wednesday, 10 October 2012

SEJARAH SURAU NUR IHSAN


Pada tahun 1998 hingga 2010  musolla SK Seri Telok telah beroperasi di Aras 3, Blok UKM  yang ketika ini telah dijadikan sebagai BILIK LINUS sekolah.Pada ketika itu bilik ini hanya mempunyai keluasan yang sangat terhad dan tidak dapat menampung
keperluan aktiviti keagamaan.

Guru Besar iaitu Puan Hjh Hadijah bt Hj Ahmad, telah mencadangkan melalui mesyuarat Agung PIBG untuk membina sebuah surau.

Pada tahun 2010 sebuah surau telah siap dibina dengan kos sebanyak RM55.940,000 hasil kutipan derma daripada guru-guru, ibubapa, dan  orang perseorangan.

Pihak sekolah sangat menghargai jasa YDP PIBG Tn Hj Mohd Ihsan b. Buang dan Naib YDP PIBG Tn. Hj Saat bin Kadir yang merupakan kontraktor bangunan serta jawatankuasanyaberjaya menjadikan segala proses pembinaan berjalan dengan lancar.

Setelah melalui beberapa pengubahsuaian, kini Surau Nur Ihsan  tersergam indah  dengan  prasarananya  yang kondusif dan efektif.

SURAU NUR IHSAN


Alhamdulillah, akhirnya syukur atas nikmat ILahi sekolah kami diberi sebuah lagi bangunan baru untuk mendekatkan jiwa dan hati murid kepada konsep masjid.. bangunan surau yang siap sepenuhnya pada awal tahun 2012 memberi cahaya baru di SK Seri Telok..

Semua bangunan di SK Seri Telok akan diberi nama panggilan seperti bangunan UTM, bangunan UM, bangunan UPM.. surau baru ini juga mendapat nama yang tersendiri iaitu SURAU NUR IHSAN

Mengapa diberi nama panggilan surau nur ihsan.. mungkin ada rahsia yang tersendiri... disini akan dirungkaikan maksud surau nur ihsan

NUR bermaksud cahaya manakala IHSAN bermaksud ketepatan atau kesempurnaan (perfection or precsion). 

Pada makna syara NUR IHSAN BERMAKSUD melakukan sesuatu IBADAT dengan BAIK dan TEPAT sebagaimana yang diperintahkan Allah swt.