Lailatul Qadar : Lebih Baik Dari Seribu Malam
Lailatul
Qadar merupakan bulan yang sangat-sangat istimewa yang hanya berlaku di
bulan Ramadhan. Ia dikurniakan sebagai rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala
kepada kita. Ia merupakan malam yang terbaik hinggakan kebaikkannya
jauh lebih baik dibandingkan jangkamasa seribu bulan; iaitu 83 tahun 4
bulan, hal ini telah tsabit sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah al-Qadr ayat 1-5 :
إِنَّا
أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ
الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ
الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
(4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5)
Tafsirnya:
1- Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr.
2- Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu?
3- Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
4- Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan.
5- Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah
berfirman bahawa Dia menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar,
iaitu malam yang dipenuhi dengan keberkatan, kemuliaan dan
kesejahteraan. Allah Subhanau wa Ta’ala berfirman dalam surah ad-Dukhan ayat 3, tafsirnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada suatu malam yang diberkati.”, iaitu malam yang penuh dengan keberkatan. Dan malam itu berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.” ( Al-Baqarah: 185).
Ia juga merupakan satu malam yang istimewa yang dianugerahkan oleh Allah Subhanu wa Ta’ala khas untuk umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bagi memuliakan mereka, yang mana pemberian ini tidak pernah berlaku kepada umat-umat sebelumnya.
Sebab turun surah.
Sebab diturunkan ayat:
- Diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmizi, al-Hakim, Ibn Jarir daripada al-Hasan Ibn ‘Ali bahawa malam al-Qadr adalah lebih baika dari seribu bulan. Turunnya surah ini adalah disebabkan buruknya pemerintahan Bani Umayyah yang berlarutan selama seribu bulan. Namun begitu kedudukan hadits ini adalah gharib dan ditolak.
- Abu Hatim, al-Wahidi dari Mujahid meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam telah menceritakan kisah seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah memakai alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah selama seribu bulan, maka orang Islam pun terpegun serta kagum dengan cerita tersebut lalu Allah menurunkan surah al-Qadr.
- Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasullullah bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadr dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat amat gembira.
Daripada
riwayat yang tersebut di atas itu, dapatlah kita ketahui bagaimana
besar dan istimewanya orang yang melakukan ibadah pada malam Lailatul
Qadar, iaitu satu malam yang jauh lebih baik daripada beramal 1000
bulan.
Tanda-tanda Lailatul Qadar
عن
ابن عباس ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في ليلة القدر: « ليلة
سمحة طلقة لا حارة ولا باردة يصبح شمسها صبيحتها ضعيفة حمراء »
Maksudnya: Dari Ibnu Abbas, Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam bersabda, “Lailatul
Qadar adalah malam yang penuh nyaman dan ketanangan, tidak begitu
panas, juga tidak begitu dingin, matahari muncul di waktu paginya dalam
suasana kemerahan yang samar-samar.” (Riwayat al-Baihaqi: 3536 dan Abu Daud al-Thayalisi: 2793) – dinyatakan Shahih oleh al-Albani
عن
جابر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « إني كنت أريت ليلة
القدر ، ثم نسيتها ، وهي في العشر الأواخر ، وهي طلقة بلجة لا حارة ولا
باردة ، كأن فيها قمرا يفضح كواكبها لا يخرج شيطانها حتى يخرج فجرها »
Maksudnya: Dari Jabir berkata: Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya
telah diperlihatkan kepadaku Lailatul Qadar, kemudian aku terlupakan
darinya. Ia terjadi pada sepuluh malam yang terakhir. Ia adalah malam
yang tenang, nyaman, tidak panas dan tidak dingin, seakan-akan ada bulan
yang menyinari bintang-bintang, setan pada malam itu tidak akan keluar
sampai waktu fajar tiba.” (Riwayat Ibn Hibban: 3758)
Sesungguhnya
Allah itu Maha Pemurah, sehingga kelebihan lailatul qadar itu tetap
diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengerjakan amal ibadat sekalipun
amalan yang dikerjakannya itu hanya sedikit. Oleh kerana keikhlasannya
terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka pahala dan kelebihan itu tetap diperolehinya.
Beramal
hanya kerana Allah semata-mata di malam hari itu haruslah juga
diteruskan di siang hari. Jadikanlah siang dan malam itu sebagai masa
yang diamanahkan untuk beribadat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Ibadat yang berterusan ini amamt memberi kesan yang nyata pada jiwa dan
raga umat Islam jika diamalkan kuhususnya pada sepuluh yang akhir dalam
bulan Ramadhan sama ada siang atau malamnya. Mudah-mudahan dengan
adanya usaha yang gigih untuk mencapai matlamat memperolehi kelebihan
lailatul qadar itu akan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Bagi
sesiapa yang tidak berdaya untuk mengerjakan amal ibadat yang banyak
maka hendaklah ia beramal dan beribadat sekadar yang mampu dalam usaha
mencari malam lailatul qadar. Janganlah dibiarkan malam itu berlalu
begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk merebut peluang yang telah
diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ
صلَّى العشاءَ في جماعةٍ فكأَنَّمـَا قامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، ومَنْ صلَّى
الصُّبْحَ في جماعةٍ فكأنَّمـَا صلَّى اللَّيْلَ كُلُّهُ.
(رواه الإمام مسلم)
Maksudny: ”Sesiapa
yang bersembahyang Isyak dengan berjemaah, maka seolah-olah ia telah
berdiri (bersembahyang) sebahagian malam. Dan sesiapa yang bersembahyang
subuh dengan berjemaah, maka seolah-olah ia berdiri (bersembahyang)
sepanjang malam.”
(Riwayat al-Imam Muslim)Dipetik daripada : http://unitceramah.blogspot.com/2011/08/lailatul-qadar-lebih-baik-dari-seribu.html
No comments:
Post a Comment